Wednesday, January 6, 2010

Pelik..Tapi inilah hakikat..

Assalamualikum w.b.t

Hari ni kelas Fiqh Ibadah berjalan seperti biasa..sudah tiga kali kelas ni berlansung sejak kampus mula dibuka. Alhamdulillah, semua sahabat nampak teruja untuk belajar subjek yang menarik ni. Kebenaran yang terserlah ialah sifat teruja dan semangat yang kami semua tonjolkan..
Bila persoalan Fiqh mula dibahaskan satu-persatu, bermula dengan difinisi fiqh dan ibadah secara detail dan pendapat-pendapat ulama' dalam memberikan pengertian yang sebenar berkenaan ilmu ini serta proses istinbat hukumnya..tiba-tiba, ustaz tanya, kalian pernah baca karya Al-Qardawi yang bertajuk "Al-ibadah Fil Islam"..???semua saling berpandangan dan tersenyum , nama Qardawi memang semua tahu tapi kitabnya tiada yang khatam lagi.
Ustaz tanya lagi, kitab "Khosoisul Al-am Fil Islam"ataupun dalam bahasa melayunya Ciri-ciri khusus dalam islam kalian pernah baca???..Allahuakbar,yang ni lagi tak pernah dengar,kebanyakan hanya memandang sepi wajah ustaz dan tunduk membisu.
"Pelik.."kata ustaz.
"pelik..sangat pelik"ulang ustaz lagi
" Betul kalian tak pernah baca???"soal ustaz lagi..semua membisu
" Ana tahun satu di jordan sudah mula khatam kitab-kitab Al-Qardawi.." ujar ustaz sambil mengeleng kepala.
saya dah mula sebak saat ni, Allah kurniakan ustaz satu nikmat iaitu belajar jauh dengan ruang pencarian ilmu yang tiada batasannya. Ustaz mengulang perkataan pelik lagi..memang pelik. kata ustaz sepatutnya kami sudah khatam perkara asas sebegini.Tapi dimana silapnya..lama kami semua sepi membisu dan ustaz kembali meneruskan pembelajaran dengan pelbagai persoalan tentang kami yang pelik ini bermain difikirannya...
Dimana silap semua ini???persoalan yang berlegar juga difikiran saya...
Sistem pembelajaran kah yang silap?Atau kurang bacaan sebegini di maktabah@kekangan masa yang cukup terbatas(dgn asgmnt,tugasan&sebagainya) yg menyebabkan kita tiada masa untuk baca kitab sebegini@mungkin terlalu teruja dengan teknologi sehingga tiada lagi waktu untuk kitab?????????
Kemungkinan yang berbagai..
Tapi mimik muka ustaz ketika melafazkan perkataan pelik 2 masih terbayang-bayang di kepala..teringan doa seorang saudara saat ini
Ya Allah..
Aku berlindung dibawah naungan mu dari sebarang fitnah,musibah dan perasangka.
Aku memohon juga keberkatan dalam setiap baris ilmu yang ku pelajari,berkati ku dan teman-teman dalam perjuangan ini.Jangan kau biarkan diri ini jatuh tersungkur dalam perjuangan ini, kerana tersungkurnya kami akan mendatangkan fitnah kepada agama.Rahmatilah kami ya Rahman..

2 comments:

  1. salam...
    pelik????tapi begitulh hakikat diri kite,tak hairan lah kite walupun sudah menjejekai menara gading dan ada yang bergelar best student pun...masih kurang akhalak...nauzubulillah ada yang lebih teruk dari itu..hal ini kite kurang penghayatan terhadap ilmu itu sendiri..benar lah sabda Rasulullah..apabila akhir zaman ulama dan ilmu akan diangkat,masiat berleleuasa..maka berwaspada lah kamu akan fitnah akhir zaman..saya yang turut berada pada sesi pembelajaran tersebut merasai perkara yang sama seperti saudari penulis,lantaran kurangnya ilmu pada diri..takut-takut ilmu itu akan melaknat kite kelak..saya harap ungkapan 'pelik' ustaz itu tadi dapat diambil iktibar oleh semua sahababiah dan untuk ingatan diri saya sendiri..jika kite boleh mengambil masa untuk membaca novel dan buku2 majalah..tapi mengapa tidak kitab2 itu?renung-renungkan dan fikir-fikirkan...(ingatan buat diriku yang lupe...)

    ReplyDelete
  2. w'salam..Moga kita golongan yang diberi anugerah oleh Allah untuk memperjuangkan agamanya terus tabah dan sentiasa berusaha untuk memantapan diri.Redha Allah bersama kita

    ReplyDelete