Wednesday, January 6, 2010

Mencari Erti Hidup pada Rabb..

2010 y bru 5hari berlalu, sudah mula mengamit memori indah..kelas untuk sem dua alhamdulillah berjalan dengan lancar dan terasa sedikit tenang berbanding sem lepas. Mungkin diri sudah mula terasa selesa dengan persekitaran gedung Ilmu ini . Alhamdulillah..Moga ketenangan ini sentiasa menemani hati agar tidak rasa terasing dengan dunia ini..cakap bab terasing ni..saya sempat baca karya hebat Hilal Asyraf yang berjudul "Terasing"..Subhanallah, karya yang banyak memberi pengajaran dalam perjuangan sebuah kehidupan..yang pasti karya ni mampu buat saya lansung tidak rasa terasing dengan segalanya dan yang paling pasti tidak rasa terasing dengan kasih sayang Allah Taala yang melimpah ruah..

Karya Ustaz hasrizal Abdul Jamil atau lebih terkenal dengan blog saifulislam.com yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya" juga berjaya saya khatam semalam..Alhamdulillah banyak perkara yang dibincangkan mampu membuat kita terfikir tentang peranan dan tangungjawab dalam kehidupan. Bila saya beli buku ini beberapa hari lepas, ramai sahabat yang memandang aneh..dengan tajuk"Aku Terima Nikahnya" saya faham kenapa sahabat memandang begitu . Jangan bimbang sahabat , ini hanyalah secebis pengalaman yang saya cuba rungkaikan dalam erti kehidupan yang berbeza..pengalaman tak semestinya kita dapat dengan melalui sendiri peristiwa tersebut, pengalaman juga akan terhasil dengan pencarian sebegini..

Saya sangat suka dengan kata-kata ustaz hasrizal, jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.., agak sinis bunyinya tapi itulah hakikat yang perlu difikirkan oleh semua pasangan yang bercouple.
Jika tangungjawab yang bakal dipikul saat melangkah ke alam rumah tangga difikirkan dengan sebaiknya, saya pasti tidak ada yang hendak berpacaran, melainkan jika diri sudah mantap dari segi emosi,ekonomi dan segala macam persiapan.
Tapi dek kerana tidak berfikir soal tangungjawab inilah maka budaya couple berleluasa, yang paling menyedihkan golongan agama yang sedar perkara ini dihalang agama turut terleka dan terbuai , Allahuakbar!!
Jika difikirkan, untuk apa kita mencari cinta yang belum tentu menjadi milik kita buat masa ini..waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk melangsaikan amanah keluarga untuk melihat kita berjaya agak terganggu dengan perkara sebegini.
Masa yang terbuang untuk si Dia yang belum tentu menjadi milik kita agak keterlaluan rasanya,apatah lagi duit yang dihabiskan untuk kredit, hadiah dan sebagainya..lansung tak berbaloi..
Yakinlah dengan janji dan ketetapan yang Allah telah tuliskan untuk kita sahabat..
jika diri ikhlas dalam segalanya.InsyaAllah..rasanya tidak perlu untuk mencari sebelum tiba waktunya.
Ingat sahabat..tuntutan nafsu hanya membawa kepada natijah yang melukakan.
Bila saat diri melangkah ke arah perkara yang di murkai Allah , kita akan mula terasa, sedikit demi sedikit kasih sayang itu pergi dan natijahnya mula jemu dengan pasangan..hikmah yang kita tak sedar. tapi perkara inilah yang sering berlaku..akibatnya berlakulah perpisahan dan penceraian yang membawa sejuta episod luka dalam kehidupan.
Sebaiknya, jika diri sudah siap untuk di cintai dan menyintai serta sudah bersedia untuk mengalas amanah dalam dunia baru, maka lansungkanlah akad . Rasanya percintaan selepas perkahwinan lebih indah dan dirahmati.
Kekosongan jiwa di usia remaja tak semestinya diisi dengan benda sebegini, ambil waktu yang ada ini untuk lebih menyayangi diri sendiri, lebih menyayangi keluarga dan yang paling penting, ambilla waktu ini untuk menyintaiNya yang memberi perasaan cinta ini..Allahulhaq.
kerana kita sang manusia sering lupa pada yang memberi dan hanya tahu menikmati nikmat yang diberi...wallahua'lam

No comments:

Post a Comment