Saturday, January 9, 2010

Peluang..Hanya Sekali


Alhamdulillah.. 9 Januari 2010 ,sy masih diberi peluang dan ruang oleh Maha pencipta untuk menghirup udara segar di kolej sultan Azlan Shah dan terus merasai nikmat dentutan nadi dan jantung dengan baik tanpa sebarang cacat cela..Allahuakbar!!syukur sangat2 Pagi ni rindu saya kt keluarga makin menyegat..rasa nak menangis pun ada, sepatutnya malam td saya bertolak balik ke kampung,menunaikan janji kt ma untuk selalu menjenguknya,tapi ada kelas penting yang menuntut kehadiran semua pelajarnya (majlis pengijazahan untuk pelajar silat)..so, nak tak nak..ikhlaskan diri untuk kelas ni, walaupun bab ikhlas ni hanya Allah jer yang tahu tapi inilah perkataan terbaik untuk mengambarkan kesudian atau kerelaan kita..yang sebaliknya hanya Tuhan yang tahu....
sahabat2 mungkin memandang saya dengan senyuman sinis kerana asyik menyuarakan hasrat untuk kerap pulang ke kampung..manja..mungkin itu perkataannya bila berhadapan dengan orang seperti saya. Tapi bagi saya tidak..saya anak yang tabah dihati ma dan abah saya,kekerapan pulang ke kampung bukan simbolik kepada sifat manja bagi saya tapi inilah peluang untuk saya terus dekat dengan keluarga dan menbantu apa yang patut, hatta menjadi pemandu kepada ma untuk ke kedai dan sebagainya, ini dah cukup membuatkan hati saya puas dan berbunga bahagia..
PELUANG..kalimah inilah yang selalu difikiran saya dan kalimah inilah yang membuatkan saya berani untuk melakukan sesuatu.

Peluang saya sebagai Abbid kepada Maha pencipta..

Peluang saya sebagai anak kepada ma dan abah
Peluang saya sebagai adik kepada abang dan kakak
Peluang saya sebagai kakak kepada 3 orang adik

dan peluang saya dalam ilmu yang saya tuntut..

Peluang semuanya menuntut pengorbanan dan pengorbanan inilah yang saya curahkan agar saya tidak menyesali peluang yang saya pernah ada.

Inilah ruang saya untuk meluahkan perasaan kasih,sayang dan cinta terhadap Pencipta,keluarga dan ilmu..

dengan cara saya..
cara yang mungkin menjadi sindiran,

tapi ini juga peluang untuk saya rasa keindahan sindiran tersebut..
Bila saat saya melangkah ke ipt, peluang untuk saya terbuka luas dalam penerokaan ilmu. sedayanya saya cuba menghargai peluang ini. Doakan saya tabah selalu dan sentiasa berpeluang untuk mengambil peluang yang ada dengan baik..


No comments:

Post a Comment