Tuesday, April 5, 2011

Islam dan Dunia Fesyen..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji atas rahmat dan inayah Allah kepada hambanya hingga saat ini.
Perbincangan kita adalah berkaitan dengan fesyen dan islam, Arus moden yang semakin deras membawakan kepada kita pelbagai jenis fesyen dan gaya yang seringkali tidak pernah terfikir diminda kita ianya akan wujud dan digilai, tetapi itulah hakikat yang perlu diterima..fesyen ialah fesyen,yang akan terus memburu dan menghantui penggemarnya.
Apabila soal fesyen dibicarakan maka akan jelasla keterujaan diwajah-wajah pengemarnya,baik lelaki mahupun perempuan.itu adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang indah. Persoalannya ialah bagaimanakah fesyen hari ini mampu diselaraskan dengan tuntutan islam??..
hari ini kita dapat melihat wujudnya pelbagai gaya fesyen yang digilai baik dari segi pakaian, gaya bertudung dan sebagainya, namun semua fesyen dan gaya ini dilihat tidak memenuhi kehendak syarak dan hanya meletakkan keselesaan dan kecantikan sebagai objektif utama,. hal ini sangat bertentangan dengan dasar Islam.Islam tidak pernah mengongkong umatnya tapi Islam mementingkan kesopanan dan sedayanya melindungi hambanya terutamanya yang bergelar wanita dengan perintah agar mengunakan hijab yang menutupi dada agar kehormatan wanita itu terjaga dan tidak menjadi bahan fitnah.
Islam agama yang fleksibel dan tidak pernah menyusahkan umatnya, cubalah sedayanya menjadi umat yang baik dan memudahkan apa yang telah dimudahkan. Dalam soal bergaya dan berfesyen, kita sebagai umat islam tidak pernah dihalang untuk berfesyen tapi kepekaan dalam berfesyen itu yang dituntut, sebagaimana contoh fesyen pemakaian tudung arini yang pendek dan menampakkan bahagian dada,kita tidak salahkan tudung tersebut kerana ia memang direka begitu, tetapi carilah inisiatif agar bahagian dada mampu ditutup seperti memadankan tudung tersebut dengan selendang dan seumpamanya, begitu juga dengan pemakaian baju yang ketat dan kecil, islam tidak melarang selamamana pengunaanya tidak membuatkan kita menjadi bahan fitnah dan menjadi punca kepada dosa orang lain, tapi apa yang berlaku adalah kita sememangnya akan menjadi bahan fitnah jika berpakaian begitu, maka bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku maka pakailah pakaian itu jika hanya berada dirumah dan tempat tertutup.
Berfesyen tidak dilarang dalam islam, berfesyenlah selama mana ia memenuhi tuntutan syarat dan berfesyenlah selama mana ia diredhai Allah.
Jangan dek kerana fesyen kita menyekutukan Allah, jangan juga kerana fesyen kita memperagakan apa yang tidak sepatutnya diperagakan dan yang paling utama janganlah kerana fesyen kita tersungur dihadapan Allah taala dihari akhirat kelak.
Pada pendapat saya yang dhaif ini, fesyen adalah untuk diri kita,bukan untuk tontonan semua orang.kalau pujianlah yang didambakan dari fesyen yang dicuba rasanya ia tidak berbaloi kerana individu yang memuji belum pasti ikhlas.
Ingatlah..kita didunia hanya sementara, dunia hanyalah tempat persinggahan dan destinasi utama kita adalah akhirat iaitu tempat dimana akan berkumpulnya semua manusia, jadi selamamana kita ditempat orang ini rasanya tidak perlu untuk berlebih-lebihan.tunggulah satu saat bila kita berada ditempat yang sepatutnya kita pergi..berfesyenla disana kerana disanalah tempat untuk kita.



p/s: sekadar pndapat dr y memerhati agr mnjadi ingatan pd dri.moga Allah m'jga sgla y ada pd hari ini..

No comments:

Post a Comment