Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang,
syukur atas segala kurniaannmu..
2011 sudah jauh pergi dengan membawa 1001 kisah duka,merana dan bahagia, namun ibrah dan peringatan dari kisah yang berlalu pergi membuatkan hati yang lemah makin berani, diri yang gundah tersapa tenangnya.
Hakikatnya, segala ujian dan mehnah yang menimpa terselit dipenghujungnya sebuah kebahagian, atas dasar itulah jangan mengeluh dengan ujian, jangan merungut dengan taklifan, jangan lari dari bebanan
kerana..
semuanya akan berakhir dengan tenang dan membahagiakan.
belajarlah untuk bersyukur dengan lafaz
"Alhamdulillah"
kerana itulah saat terindah dalam kehidupan.
Alhamdulillah,
2 kelahiran penutuptirai 2011,
Akalil Ar-rifaie
&
Dhiya' Muhdi
menjadi hadiah paling ternilai buat kami sekeluarga
moga kedua-duanya menjadi anak yang soleh.
" Ku Harapkan Setitis Embun Chinta Illahi"


