Tuesday, August 14, 2012

yang pertama...


Bab 3
Puteri Melompat

Dum..bunyi pintu dihempas kasar mengejutkan aku dan fara dari lena, kelibat k.jie wardan asrama kelihatan menuju ke katil..mukanya merah dengan tangisan.aku yang masih mamai bangkit menghampirinya
Kenapa kak…tanyaku perlahan.bimbang dengan keadaannya. Syaza imtiyaz bukanlah pemujuk yang baik tapi dalam keadaan sekarang pokok pangkal penyebab perlu diselidik juga.
Ada pelajar yang tak balik rumah…ujarnya dalam sendu. Subhanallah, ada kes baru rupanya, dan seperti biasa bila saja ada kes yang melibatkan pelajar asrama maka k.jie lah yang akan terlebih sedih, k.jie lah yang akan terlebih bimbang..padahal si pelaku masih mampu tersenyum dan berlagak biasa.
k.jie mula tenang dan memberitahu kami rupa-rupanya ada puteri yang melompat masa cuti hari minggu. Semuanya pecah bila ayah si puteri menelefon sekolah dan bertanya perihal anak kesayangannya padahal si anak awal-awal lagi sudah mengesahkan akan balik. Allahuakbar..kami pula yang bingung dengan situasi ni.
Sabarlah kak..nanti kita selidik kenapa jadi macam ni…ujarku menenangkan..
hati membara hakikatnya bila terdengar kes sebegini, tegar dan beraninya remaja sekarang melakukan perbuatan sedemikian rupa, sedang aku dan sahabat-sahabat pada usia mereka tertumpu hanya untuk pelajaran dan pelajaran sahaja. Allahuakbar..mungkin ini ujian buat mereka pada zamannya.
Tiga hari berlalu, akhirnya cerita sebenar sudah terbongkar, rupanya puteri melompat demi putera kataknya. Subhanallah..tidak terfikir dek akal..tidak terdetik dek hati.tapi itulah hakikatnya generasi Y.generasi yang disogokkan dengan terlalu banyak teknologi yang akhirnya memamah dan menelan diri, perkenaan bermula di laman facebook dan diteruskan dengan mesej, berjumpa dan termakan dengan pujuk rayu durjana yang akhirnya melompat untuk memusnahkan diri sendiri.
Aku tertunduk diam bila cerita sebegini singgah ditelinga, cerita yang selalunya ditonton dikaca televisyen hari ini berlau didepan mata dan singgah dengan jelas dicuping telinga. Teringat kepadaku ayat-ayat ALLAH yang bermaksud..
"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."

Rasulullah juga pernah bersabda..
"..kedua-dua tangan juga adalah berzina dan zina itu adalah menyentuh..kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan..mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman..
                                                                                                                        HR Muslim dan Abu Dawud

Bila Allah taala katakan jangan hampiri zina maka maksudnya setiap perkara yang menghampiri zina adalah perbuatan yang menjadi amarah Allah..bercinta cintun, bermasej atau SMS, berchatting hatta bercakap dengan mahram tanpa urusan yang boleh diterima juga boleh mengundang amarah Yang Maha Pencipta. Hakikat Islam itu sangat mudah dan indah, bukan mengongkong atau menyempitkan ruang silaturahim. Bila Allah taala tetapkan peraturan maka aturan itu adalah untuk menjaga ummahnya dari fitnah dan demi kebaikkan mereka.
Desisku dalam sepi..
"Ya Allah, lindungilah anak-anak didikku dari perbuatan yang boleh memusnahkan masa depan mereka, tetapkanlah iman dan serapkan kekuatan agama disebalik urat nadi dan darah yang mengalir dalam diri mereka.Aminn..."
Segalanya sudah selesai..yang melompat kini diikat, yang baru teringin melompat, mematikan niat.hakikat kehidupan ini terlalu singkat wahai puteriku...andai dirimu tahu bila ajal dan saat dirimu akan disapa izrail nescaya rencana hidupmu tidak sedemikian rupa.

                                                                                                                                         Bersambung.....

hah..komen ckit shbt2 syg macamana rupa hasil  tulisan pertama sy ni





No comments:

Post a Comment