Alfatihah buat Allahyarhamah Ma mek sah dan
Allahyarhamah Ma jah, dua orang ibu saudara yang meninggal dunia dalam minggu
dan bulan yang sama.pemergiaan yang mendukakan jiwa kaum kerabat namun semuanya
adalah takdir sejak azali yang wajib diterima dan diyakini. Moga seluruh ahli
keluarga menerima pemergian ini sebagai
suatu peringatan bahawa hidup ini terlalu singkat dan negeri akhiratlah tujuan
dan destinasi abadi yang akan dituju kelak…
Allahyarhamah Ma mek sah, kakak abah.figura yang
sangat lembut dan menenangkan hati..Alhamdulillah,anak2 y dididiknya
seorang diri selepas kematian suami semuanya berjaya..lama ma kena stroke dan
akhirnya Allah menjemputnya dibulan rejab yang mulia.moga ma bahagia di bumi
abadi.
Allahyarhamah Ma jah pulak, kakak ipar ma sya .
Walaupun ma jah tak banyak cakap tapi ma sangat2 baik. Setiap kali
kerumahnya ma akan sibuk menghidangkan makanan dan sentiasa memastikan kami
selesa.ingat lagi masa kecik-kecik, ma jah&fmly akan datang ke rumah sya
dan masak dengan ma, ayam ros menu special y selalu dimasak…special yg sampai
hari ni sya ingat..pernah juga kami semua berkelah dua keluarga. Indahnya saat
2 sebab masa 2 abah pun belum sibuk..
Pertanyaan ma jah setiap kali sy kerumahnya, bi dah
pandai masakka?..sya hanya tersenyum.i.Allah..
Ma jah meninggal sebab komplikasi kanser rahim dan
satu buah pinggangnya dibuang, Allahuakbar, xdapat sya bayangkan penderitaan ma
jah..semuanya berlaku dengan pantas.hanya beberapa bulan..mujurlah kemoterapi
tak dibuat,kalau tak lagi menderita.huhu..tiap2 minggu ma jah hanya
telan pil yang mencecah 1k untk ganti kimo.tapi Allah taala lebih sayangkan
Allahyarhamah..kata ma sya, ma jah baik, tak banyak cakap,hidupnya hanya untuk
berkhidmat kepada suami dan keluarga sebab tu Allah mudahkan dia,sakit pun
sekejap jer..
Ingat lagi abang sya cta masa dia pegi melawat ma jah,
ma jah mintak duit dengan anak dia sebab nak bagi dekat abang suruh beli
makanan. Memg tabiat dia, nak jgk surah ank2 sdara makan.
Abang: nak
beli gpo ni ma?
Ma jah: eib
g blila nasi ko, mi ko dekat coner depan 2..ma xmasak gpo2 ni.
Abang : xpo
ma,
Ma jah: eh,
tak leh..kna g bli jugak.
Abang: ….jap
ag eib g bli. (sebak)
Ma jah : yah, lepas ni kalau
ma keluar hospital kita buat makan deh, panggil blako anak branok
Ma sya :
I.Allah ma..
Takdir kadangkala membuatkan kita jatuh hiba, jatuh
sengsara dan jatuh derita..tapi hakikat takdir adalah untuk menyatakan bahawa
kita hanyalah hamba yang perlu redha dan pasrah dengan segala-galanya kerana
kita hanya hamba..hanya hamba dan hanya hamba..kepada abid yang maha kuasa.
No comments:
Post a Comment