Tuesday, October 18, 2011

Ada masalahke??..


Assalamualaikum..

Pergh..tajuk kat atas da mcam kaunselor pulak dah,apa2 pun layan jerla.moga bicara santai ini ada manfaatnya walau sedikit..i.Allah.

Kadang2 kita rasa hidup memang memenatkan, terfikir jugakan alangkan bahagianya jadi si burung, bebas terbang merata-rata tanpa masalah dan bebanan..

(tgk..da la cantikkan!!)

tapi kata “cik haty” jadi burung memang best, yang bestnya part terbang ke sana kemari jerla, yang lainnya lebih kurang kita jer...hakikatnya burung pun banyak masalah, , bersusah payah nk cari makanan,bina sarang , berpanas berhujan dan sentiasa berwaspada takut jd mangsa yang lain..takke banyak masalah 2??.

kita ni makan pakai senang, duit tiap2 bulan masyuk,tempat tinggal da ada y sediakan,tugasnya cma laksanakan amanah jer..lagi senangkan..kan..

Erm..betul juga kata “cik haty”, alhamdulillah atas sgla nikmat..yang pasti kehidupan manusia memang tidak boleh dan tidak akan lari dari bebanan dan masalah. paling penting ikhlaskan diri menjadi khalifah Allah taala di muka bumi ini dan berusaha agar sentiasa mendapat redha Illahi

Kata “cik haty” lagi, Allah memberatkan kita dengan masalah dan bebanan kerana Allah sayangkan kita, kalaulah kita bebas dari masalah dan bebanan sudah pasti masa kita akan dihabiskan untuk benda2 x berfaedah yang akhirnya akan mengundang amarah Allah…

erm betul jugak 2..

Yang pasti apalah sangat masalah kita 2 sampai kita rasa terbeban..orang lain lagi banyak masalah, lagi banyak tangungjawab, lagi banyak amanah…lagi banyak pahala mereka.

Apa yang penting sentiasalah pujuk haty untuk IKHLAS dengan segala masalah dan bebanan yang datang..yang TERBAIK jadikan masalah sebagai makanan yang wajib kita habiskan dan hadamkan dengan sebaik mungkin.

Selesaikan masalah, jangan cari masalah


"kuharapkan Setitis Embun Chinta Illahi"

No comments:

Post a Comment