Friday, January 14, 2011

Dibuang dan terbuang..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Subhanallah..Allahuakbar.
KepadaMu ya Rabb..
Hamba ini bersaksi dengan penuh pengabdiaan bahawa hidup dan mati ini hanya keranamu yang satu..hanya kepadaMu..dan hanya untukMu..

Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang masih bersisa,smlam dan ari ni dapat jgk settlekan beberapa urusan dan yang paling best da daftar tajuk untuk subjek Fiqh Munakahat dibawah bimbingan Ustaz Mohd Noor smlam..alhamdulillah.

tajuk yang kitaorang bucking td pasal

“Al-laqit atau anak buangan menurut perspektif islam”

tajuk ni memang menarik untuk dikaji dan dikupas almaklumlah gejala anak buang anak ni x pernah ada titik noktahnya dalam sejarah kehidupan manusia.Allahurabbi..sangat sedih dan melukakan bila dikenang isu ni..seringkali jga terfikir,dimana letaknya kewarasan akal yang dikurniakan Allah taala sehingga golongan ini tergamak melakukan perbuatan terhina ini!!!Allahuakbar..sedang haiwan yang tidak pernah merasa nikmat akal 2 pun masih mampu menyayangi dan menjaga si anak, ini kan manusia.huhu..tp 2la orang kata, manusia ni kalau da sampai part "terdesak"..apa2 hal pun diaorang sanggup buat,nak2 lg yang lansung xpnah merasai tarbiyyah islam.parah.memang parah...


(bukti kasih...)

bila da jd camni kta nak salahkan sapa?..orang y buang anak 2 ka?mak ayah diaka?atau pemerintah negara?...
ha..sekali ag parah..apa-apa hal pun,jd tangungjawab kita semuala nak benteras benda2 cam gini..
jgn sampai ada yang dibuang dan terbuang lagi,yang paling melukakan bila yang dibuang 2 terkujur jasadnya ditempat2 y jijik pada pandangan manusia.
Firman Allah taala dalam surah al-Maidah, mafhumnya:
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi"
(Al-Maidah:32)

semoga hidayah Allah menyelinap masuk kedalam jiwa setiap hambanya agar sentiasa taat dan tidak tersungkur dalam perjalanan hidup sebagai hambanya yang dhaif..
hanya kepadaMu kami berharap ya Allah..
moga episod duka yang semakin membarah ini ada noktahnya

No comments:

Post a Comment