Bab 3
Puteri Melompat
Dum..bunyi pintu dihempas kasar mengejutkan aku dan fara dari lena,
kelibat k.jie wardan asrama kelihatan menuju ke katil..mukanya merah dengan
tangisan.aku yang masih mamai bangkit menghampirinya
Kenapa kak…tanyaku perlahan.bimbang dengan keadaannya. Syaza imtiyaz
bukanlah pemujuk yang baik tapi dalam keadaan sekarang pokok pangkal penyebab
perlu diselidik juga.
Ada pelajar yang tak balik rumah…ujarnya dalam sendu. Subhanallah, ada
kes baru rupanya, dan seperti biasa bila saja ada kes yang melibatkan pelajar
asrama maka k.jie lah yang akan terlebih sedih, k.jie lah yang akan terlebih
bimbang..padahal si pelaku masih mampu tersenyum dan berlagak biasa.
k.jie mula tenang dan memberitahu kami rupa-rupanya ada puteri yang
melompat masa cuti hari minggu. Semuanya pecah bila ayah si puteri menelefon
sekolah dan bertanya perihal anak kesayangannya padahal si anak awal-awal lagi
sudah mengesahkan akan balik. Allahuakbar..kami pula yang bingung dengan
situasi ni.
Sabarlah kak..nanti kita selidik kenapa jadi macam ni…ujarku
menenangkan..
hati membara hakikatnya bila terdengar kes sebegini, tegar dan beraninya
remaja sekarang melakukan perbuatan sedemikian rupa, sedang aku dan
sahabat-sahabat pada usia mereka tertumpu hanya untuk pelajaran dan pelajaran
sahaja. Allahuakbar..mungkin ini ujian buat mereka pada zamannya.
Tiga hari berlalu, akhirnya cerita sebenar sudah terbongkar, rupanya
puteri melompat demi putera kataknya. Subhanallah..tidak terfikir dek
akal..tidak terdetik dek hati.tapi itulah hakikatnya generasi Y.generasi yang
disogokkan dengan terlalu banyak teknologi yang akhirnya memamah dan menelan
diri, perkenaan bermula di laman facebook dan diteruskan dengan mesej, berjumpa
dan termakan dengan pujuk rayu durjana yang akhirnya melompat untuk memusnahkan
diri sendiri.
Aku tertunduk diam bila cerita sebegini
singgah ditelinga, cerita yang selalunya ditonton dikaca televisyen hari ini
berlau didepan mata dan singgah dengan jelas dicuping telinga. Teringat kepadaku ayat-ayat ALLAH yang bermaksud..
"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh
suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
Rasulullah juga pernah bersabda..
"..kedua-dua tangan juga adalah berzina dan zina itu adalah
menyentuh..kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat
pertemuan..mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman..
HR Muslim dan Abu Dawud
Bila Allah taala katakan jangan hampiri zina maka maksudnya setiap
perkara yang menghampiri zina adalah perbuatan yang menjadi amarah Allah..bercinta
cintun, bermasej atau SMS, berchatting hatta bercakap dengan mahram tanpa
urusan yang boleh diterima juga boleh mengundang amarah Yang Maha Pencipta.
Hakikat Islam itu sangat mudah dan indah, bukan mengongkong atau menyempitkan
ruang silaturahim. Bila Allah taala tetapkan peraturan maka aturan itu adalah
untuk menjaga ummahnya dari fitnah dan demi kebaikkan mereka.
Desisku dalam sepi..
"Ya Allah, lindungilah anak-anak didikku dari
perbuatan yang boleh memusnahkan masa depan mereka, tetapkanlah iman dan
serapkan kekuatan agama disebalik urat nadi dan darah yang mengalir dalam diri mereka.Aminn..."
Segalanya sudah selesai..yang melompat kini diikat, yang baru
teringin melompat, mematikan niat.hakikat kehidupan ini terlalu singkat wahai
puteriku...andai dirimu tahu bila ajal dan saat dirimu akan disapa izrail
nescaya rencana hidupmu tidak sedemikian rupa.
Bersambung.....
hah..komen ckit shbt2 syg macamana rupa hasil tulisan pertama sy ni